Pages

 

Thursday 4 September 2014

Selamat Datang PKIB

0 comments






Read more...

Sunday 31 August 2014

Selamat Datang

0 comments
Pertubuhan Kebajikan Ikhwan Bistari Perak (PKIBP) dikenali juga sebagai Rumah Penyayang Nur Ikhwan (RPNI) merupakan sebuah pusat yang menaja, mendidik, membimbing dan menaungi golongan yang memerlukan khususnya remaja insaf berumur 13 tahun keatas seramai 35 remaja dan pelatih pada masa ini.
PKIBP juga menaungi warga emas, ibu tunggal dan juga mereka yang layak menerima zakat.
Ia merupakan sebuah kompleks seluas 12 ekar yg menyediakan aktiviti  yang sesuai dalam mendidik lahiriah dan rohaniah para penghuni dalam proses membaiki diri untuk menjadi manusia yang terbangun jiwanya, berdikari, bertanggungjawab, berkasih sayang dan perasaannya sangat terhubung dengan Allah & Rasulullah
Berkonsepkan rumah kebajikan menaungi anak-anak dari kalangan anak yatim,anak fakir miskin, remaja insaf, asnaf zakat dan anak-anak yang memerlukan pembelaan. Anak-anak ini di asramakan dan diberi pendidikan serta kasih sayang untuk keselamatan dunia dan Akhirat.PKIBPmula beroperasi secara rasminya pada Januari 2014.

LATAR BELAKANG PENUBUHAN

Tertubuhnya  PKIBP ini adalah daripada inisiatif beberapa bekas pelajar lulusan Timur Tengah (Jordan, Maghribi, Mesir, Pakistan)  pada tahun 2009 melalui RPNI yang mempunyai kesedaran, hasrat dan cita-cita yang tinggi untuk membantu dan membela golongan ini yang tentunya akan memberi manfaat pada masyarakat, bangsa dan Negara. Mudah-mudahan ini juga menepati hadis nabi “ Khairunnas man yanfa’un nas”, iaitu sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat pd orang lain.

Read more...