ü
Melahirkan generasi yang seimbang pembangunan rohani dan
jasmani bermodalkan Takutkan Allah dan Rindukan Nabi,
ü Melahirkan insan yang
memiliki jati diri yang teguh dan tidak goyah dalam menempuh arus globalisasi
yang semakin mencabar
ü Membela golongan yang memerlukan
agar mendapat kasih sayang dan didikan yang sewajarnya
ü Membimbing remaja yang
telah tersasar kepada kebenaran dan memberi sinar harapan kerana remaja adalah
satu golongan yang amat berpotensi untuk dibentuk.
ü Menaungi golongan yang
memerlukan seperti golongan warga emas dalam masa yang sama menjadikan mereka
orang tua yang membantu melalui perkongsian ilmu dan pengalaman yang sangat
mahal. Ini merupakan aspek penting dalam melahirkan masyarakat yang harmoni,
‘golongan tua dihormati dan yang muda disayangi’.
ü Menjadi ‘ONE STOP
CENTRE’ bagi yang mahu membaiki diri setelah insaf dan mahu bertaubat
dengan kemudahan sedehana, kepelbagaian aktiviti serta mempunyai suasana yang
baik dan tenang dapat membantu dalam proses pemulihan lahiriah dan jasmaniah ini.
ü Menerapkan ‘CINTA
DAN TAKUTKAN ALLAH, RINDUKAN RASULULLAH DAN BERKASIH SAYANG’ dalam
semua aspek kehidupan untuk menjadikannya ibadah samada ibadah khususiah
mahupun ibadah umumiah.
0 comments:
Post a Comment