vKenderaan.
§
PKIBP hanya mempunyai sebuah van yang sangat uzur untuk
tujuan pengurusan, membeli barang basah dan pembuangan sampah.
§
Pihak pengurusan terpaksa menyewa van untuk ke
program-program, dan adakalanya tidak dapat pergi kerana tiada kenderaan.
Penghuni perlu menumpang kenderaan penduduk kampung untuk pergi solat fardhu
Jumaat
Ini adalah contoh Van
yang hendak diusahakan pembeliannya. Model Toyota Hiace injin diesel 14 tempat
duduk dengan harga RM 100600. Van yang sangat tahan lasak dan paling byk
digunakan oleh rumah-rumah kebajikan dan pengusaha bas sekolah kerana
ketahanannya agar kos penyelenggaraan bulanan tidak tinggi. Kami sedang mencari
penaja yang sudi membantu PKIBP menadapatkan van ini untuk melancarkan kerja-kerja
kebajikan di bawah pertubuhan ini. `
PROJEK MENYIAPKAN
SURAU DAN TANDAS
Bangunan surau ini
telah siap 80 % sejak dua tahun lepas, walaupun telah mula digunakan dan
solat berjemaah diadakan setiap waktu serta kelas pengajian Al-Quran dibuat 2
kali sehari di dalamnya tetapi sebenarnya, masih banyak lagi yang perlu
disempurnakan. Di Antaranya adalah bumbung, kubah yang masih belum ada, pintu
utama, tandas dan tempat wuduk.
Di anggarkan
keseluruhan kos yang masih diperlukan untuk menyiapkan sepenuhnya surau tersebut
termasuk tandas adalah lebih kurang RM 50,000.
Para dermawan yang dimuliakan anda dipelawa untuk bersama merebut saham untuk menyempurnakan rumah Allah ini.
Para dermawan yang dimuliakan anda dipelawa untuk bersama merebut saham untuk menyempurnakan rumah Allah ini.
Inilah bangunan yang
sepatutnya menjadi tempat mangambil wuduk, tandas dan bilik mandi tempat dobi
yang telah terbengkalai sejak setahun yang lalu.Terletak disebelah tepi surau
dan sebelah asrama yang bersambung di belakang surau.
Bilik Air dan Tandas
§
Tandas yang sedia ada tidak mencukupi dengan bilangan
penghuni yang bertambah dari masa ke semasa.Kompleks taharah yang terbengkalai
kerana dana yang tidak mencukupi.ilangan penghuni yang ramai menyebabkan tandas
sedia ada tidak dapat menampung keperluan mereka. PKIBP telah berusaha membina
tambahan bilik mandi dan tandas, tetapi tidak dapat disiapkan kerana dana yang
tidak mencukupi.
Bahagian
luar asrama yang perlu dibaik pulih agar nampak baru dan lebih berwibawa |
Bahagian dalam asrama bekas surau lama sedang dicuci sebelum dipasang tikar getah.Jika ada rezki bolehla dipasang tiles. |
Membaiki bumbung asrama yg dah rosak |
Dalam asrama yang
telah dipasang karpet
|
Keperluan untuk menaik taraf asrama
adalah:
1.Memerlukan katil besi dan
almari untuk keselesaan.
2.Tambahanbantal, tilam,
tikar getah dan mesin basuh serta computer amat diperlukan.
3.Cat untuk keseluruhan
dinding luar dan dalam kerana dinding tersebut telah agak lama tidak dicat
semula dan agak lusuh.
4.Tiles,
5. Kayu dan papan untuk gantikan
dinding dan pintu serrta tingkap yang uzur.
Chalet Pelatih( Remaja Insaf )
Chalet Pelatih( Remaja
Insaf )
v
Selain pelajar, PKIBP juga menangani masalah remaja yang
terlibat dengan rokok dan dadah. Penempatan mereka diasingkan di dalam
chalet-chalet yang dikunci setiap masa.
v
Bagi yaqng dah bebas dari ketagihan rokok atau dadah, mereka
dilibatkan dengan aktiviti pertanian dan pembinaan.
v
Walaubagaimanapun penempatan untuk menampung jumlah pelatih
ini makin terhad sedangkan permohonan untuk memasuki rawtan pemulihan ini
sangat banyak
v
Justeru itu, pihak kami sedang mengusahakan pembinaan
tambahan chalet bagi menangani keperluan tempat tinggal ini.
v
Sekurang-kurangnya 5 buah cahlet perlu dibina untuk tujuan
tersebut.
§
Perlukan bahan binaan seperti bata, simen, kapur plaster, kaca
tingkap nako tiles dll.
§
Dana untuk kos pendawaian elektrik dan paip air, sinki,
mangkuk tandas, kipas siling.
§
Memerlukan sekurang-kuranya 5 buah chalet untuk penempatan
seluruh pelatih. (buat masa ini sedang menyiapkan sebuah sahaja dahulu)
§
Dewan makan yang sedia ada adalah sebuah rumah lamakecil yang
diubahsuai kepada dewan makan, sudah tidak mampu menampung semua penghuni untuk
makan serentak.
§
Kelengkapan yang sedia ada adalah sangat sederhana dan perlu
penambahbaikan.
§
Dapur memerlukan peralatan baru untuk memastikan proses
menyiapkan makanan dapat berjalan dengan lebih cepat dan teratur
Kelengkapan Pendidikan dan Pembelajaran
§
Sangat memerlukan LCD Projektor untuk tujuan pendidikan dan
pembelajaran. (buat masa ini terpaksa meminjam daripada individu bila ada
keperluan untuk tayangan)*
§
White board yang sedia adalah terpakai dan telah sangat
dhoif.
§
Buku tulis, alatulis dan kelengkapan Alat Bantu Mengajar
(ABM).
§
Memerlukan sebuah perpustakaan dan beberapa set computer (PC
atau Laptop) sebagai tempat merujuk dan mendalami pelajaran.
Makanan
Harian Penghuni
v
Makanan Harian Penghuni memerlukan kos yang tinggi.
Sekurang-kurangnya RM250 diperlukan sehari untuk meyiapkan makanan sarapan
pagi, tengahari petang dan malam mereka.
Setakat ini makan minum
para penghuni di sini masih tiada penaja tetap dan mengikut keadaan dana yang
amat terhad menyebabkan penyediaan makanan tidak dapat dibuat dengan sempurna
dan mengikut menu tetap tetapi bergantung kepada apa yang ada dan direzkikan
pada setiap hari.
Kami amat mengalu-alukan
kepada para penyumbang yang ingin menaja makanan samada dalam bentuk dibuat
kenduri tahlil/yasin atau menaja mana-mana bahagain samada sarapan, makan
tengahari, minum petang ataupun makan malam.
v
Bahan Mentah Kering atau Basah ( Makanan ) secara pukal atau
berterusan.
§
Sumbangan bantuan dalam bentuk wang tunai (kos minimum untuk
makan minum penghuni RM250 setiap hari )
§
Bahan kering seperti beras, bihun, cili kering, rempah ratus,
gula garam, ubi dll.
§
Bahan mentah basah seperti ikan, ayam , daging ,
sayur-sayuran , mee kuning, kuey tiaw , meehoon dan sebagainya
§
Selain itu rencah masakan seperti bawang, halia, santan,
rempah ratus, minyak, kiub perasa, dan seumpamanya juga amat diperlukan.
0 comments:
Post a Comment