Pertubuhan
Kebajikan Ikhwan Bistari Perak (PKIBP) dikenali juga sebagai
Rumah Penyayang Nur Ikhwan (RPNI) merupakan sebuah pusat yang menaja, mendidik,
membimbing dan menaungi golongan yang memerlukan khususnya remaja insaf berumur 13 tahun keatas seramai 35 remaja dan pelatih pada masa ini.
PKIBP juga
menaungi warga emas, ibu tunggal dan juga mereka yang layak menerima zakat.
Ia merupakan
sebuah kompleks seluas 12 ekar yg menyediakan aktiviti yang sesuai dalam mendidik lahiriah dan
rohaniah para penghuni dalam proses membaiki diri untuk menjadi manusia yang
terbangun jiwanya, berdikari, bertanggungjawab, berkasih sayang dan perasaannya
sangat terhubung dengan Allah & Rasulullah
Berkonsepkan rumah
kebajikan menaungi anak-anak dari kalangan anak yatim,anak fakir miskin, remaja
insaf, asnaf zakat dan anak-anak yang memerlukan pembelaan. Anak-anak ini di
asramakan dan diberi pendidikan serta kasih sayang untuk keselamatan dunia dan
Akhirat.PKIBPmula beroperasi secara rasminya pada Januari 2014.
LATAR BELAKANG PENUBUHAN
Tertubuhnya PKIBP ini adalah daripada inisiatif beberapa
bekas pelajar lulusan Timur Tengah (Jordan, Maghribi, Mesir, Pakistan) pada tahun 2009 melalui RPNI yang mempunyai
kesedaran, hasrat dan cita-cita yang tinggi untuk membantu dan membela golongan
ini yang tentunya akan memberi manfaat pada masyarakat, bangsa dan Negara.
Mudah-mudahan ini juga menepati hadis nabi “ Khairunnas man yanfa’un nas”,
iaitu sebaik-baik manusia adalah mereka yang paling banyak memberi manfaat pd
orang lain.
0 comments:
Post a Comment